semut pun boleh mati.

Bermulalah Kisah Seorang 'Blogger'.

Assalamualaikum.

Di sini aku Shuhada bt. Mansor mengistiharkan, Pada 16 mac 2011, aku boleh digelar sebagai 'blogger'. Sememangnya aku tidak pernah berminat untuk membuat 'blog'. Tetapi entah mengapa, pintu hatiku pada hari ini terbuka untuk meneruskannya. Mungkin kerana aku ingin berkongsi cerita dengan kamu semua.

Terus terang aku berkata. Sebelum ini aku tidak pernah minat kepada menulis. Bukan hati untuk memperkecil kepada penulisan. Tetapi entah mengapa ya?. Beberapa hari yang lepas, aku berjalan-jalan di dalam 'Facebook' lalu aku terjumpa perbualan antara rakanku dengan rakannya. Dengan rasa tidak tahu malu dan tanpa segan aku men'klik' butang 'view comment' dan membaca semua perbualan mereka. Dari awal hingga akhir aku membacanya dengan tekun lalu terkedu dan membisu. Mengapa ya?. Itu semua kerana mereka menaip dengan anih(padaku). Kata-kata mereka, ayat mereka, begitu cantik dan indah. Frasa dan lenggok kata-kata mereka menepati syarat-syarat untuk lulus dengan cemerlang di dalam kertas peperiksaan Bahasa Melayu SPM!. Sememangnya aku tidak bijak berkata-kata seperti mereka dan aku juga lemah di dalam subjek Bahasa Melayu. Lalu aku memperkecilkan mereka. Walhal aku cemburu akan keberanian dan kebijaksanaan mereka berkata-kata di dalam 'facebook'. Tetapi, semasa aku memperkecilkan mereka, mereka membalas dengan sopan dan membuatkan aku terkedu sekali lagi. Sikit demi sedikit aku mengikut cara mereka. Bermula daripada 'facebook' hingga ke 'blogging'.

Pada mulanya rakan-rakanku yang lain juga memperkecilkan aku. Aku pernah mencipta suatu kenyataan dan aku 'post'kan kenyataan itu di dalam 'facebook'. 


    "Ouh. Kepalaku terasa berpinar bagaikan bermain pusing-pusing di atas kerusi di makmal komputer. Suhu badan meningkat membuatkan hujung termometerku pecah. Semua jariku menggigil akibat terlalu banyak butang papan kekunci yang ditekan. Mataku semakin kabur dan rabun kerana melihat komputer terlalu lamanya. Adakah ini semua kerana penangan yang telah membuatkan bahasaku sebegini seketika tadi? Ouh! tidak.."

Mereka ketawa dan berdekah melihat tingkah laku ku. Ketika itu aku melayankan sahaja kerenah dan gurauan mereka. Tetapi lama kelamaan mereka juga mengikuti ku seperti mana aku terikut dengan perlakuan rakanku itu. Hurm.. Apakah bahasa kebangsaanku ini mempunyai kuasa? Adakah seperti Son Goku melepaskan kuasa 'Kame Hame Ha' ataupun seperti Luffy D. Monkey melepaskan kuasanya daripada buah 'Gum-gum' itu? hurm.. Aku bertambah runsing lagi musykil. Lalu bermulalah era dimana kami semua menukarkan bahasa kami kepada yang lebih baik. Motto Sekolah Teknik Perdagangan Johor Bahru(sekolah kami) ialah "Ke Arah Keunggulan Mutu". Jadi kami mahu meningkat dan menaik tarafkan bahasa kami ke arah keunggulan mutu!. Namun penukaran bahasa itu hanyalah selama satu hari sahaja. Sadis bukan?. Tetapi itu pun suda memadaii. Asalkan kami dapat menanamkan sifat cintakan bahasa ibunda walaupun dalam tempoh yang seketika. Syabas! =D

Haha. Pada mulanya aku ketandusan idea untuk menulis. Tetapi kini tanganku seperti tiada had untuk menekan butang papan kekunci ini. Adakah ini adalah pengaruh daripada lagu yang sedang berkumandang terus ke telingaku ini? Semakin laju lagu itu berkumandang semakin laju tanganku menekan butang ini. Jikalau aku mengambil subjek Aplikasi Kemahiran Dalam Komputer (AKDP), sudah tentunya markah kopetensi ku melambung-lambung tinggi daripada pelajar-pelajar yang lain. ;p Jadi konklusinya ialah semakin laju lagu itu berkumandang, semakin laju aku menekan butang-butang pada papan kekunci ku ini!

Adult : Maaf.
Kid : Maafmu diterima.. :)

Nota kaki : Maaf. Aku hanyalah insan biasa yang biasa melakukan kesilapan. Sememangnya Bahasa Melayu aku tidak sehebat kamu semua tetapi aku tetap mencuba menulisnya. Sebarang kesilapan yang telah aku lakukan silalah tegur di ruangan komen di bawah. Aku berharap sangat Bahasa Melayu Aku dapat ditingkatkan melalui usaha ini. Amin :)
Maaf juga jikalau kamu semua merasai bahawa 'blog' aku ini macam sampah dan kata-kataku kebanyakannya merepek lagi merapu. Tetapi, itulah aku. ;)