ada orang cakap kat aku, jarang tengok lelaki menangis sebab perempuan. tapi kalau dah setiap kali menangis je kerja nya, tak ke gedik nama dia? lol
intro ni takda kena mengena dengan cerita aku harini. krik krik krik
dua hari semalam brassband ada buat camping. takda gambar yang aku tangkap, hanya cerita yang dapat aku sampaikan.
hari sabtu bertolak ke camp site kat negeri sembilan. bertolak pukul 6.45am. sampai dua jam lepas tu. Alhamdulillah aku tak terlajak tidur kali ni. sem lepas ada gak brassband buat trip. bertolak pukul 6am. aku bangun pukul 7am. nampak tak permainan dia? haha memang trip ke Melaka lah jawabnya. trip duit sendiri.
back to my story, sesampai je kat camp tu, aku pergi toilet. tak tahan duduk kat bas sojuk nak mampuih. haha nampak tak loghat negori dia? haha. pastu ice breaking lah macam biasa. macam tak pernah pergi camp pulak nak cerita satu satu kan. haa
dipendekkan cerita, kami dibahagikan kepada group group kecil. haa. kata 1 band 1 sound. ni dibahagi bahagi pulak dah. hesh ni yang den malas ni. lagi lagi kena pulak ada malam kebudayaan. jadi artis pulak malam tuu. haih susah betul. aku memang lemah bahagian persembahan bagai ni. bak kata omputeh, you have no talent. haa
tema malam tu 1 band 1 sound. ape kebenda punya tema lah diorang ni pelik pelik. memang kami semua kepisangan tak tahu nak buat apa untuk persembahan. at last, timbul lah satu idea dalam palotak aku yang tak berapa nak ohsem ni. aku bagi cadangan untuk buat jalan cerita pasal superhero. kuasa mereka semua berdasarkan alat muzik. dan tak sangka pulak idea aku diterima. selalunya kalau aku pergi camping mana mana orang reject idea aku. hmm dan nasib baik semuanya berjalan dengan lancar. terima kasih kepada pelakon pelakon. tanpa mereka, cerita saya ini tak jadi. haha ayat bajet menang anugerah filem terbaik.
hari ahad, jungle tracking. hmm bagus. aku demam. aku demam T.T tapi aku still naik gunung tu. memandang kan orang tu cakap ni aktiviti light je, aku naik lah. nasib baik tak pengsan kat atas tu. haha sapa pulak nak angkat aku bawak turun. zzz
lol. bosan nya harini. sebab tu tiba tiba buat karangan ni haa. haha kbai.