semut pun boleh mati.

ku j -hari kedua.

beberapa hari yang lepas, mak aku membawa pulang seekor kucing hitam hodoh, kurus, buta malah kecil. aku bawa kucing itu ke klinik. dia demam. mata dia penuh dengan tahi mata. sebab tu mata dia tak boleh bukak. hidung dia berair. lepas balik dari klinik, aku lap badan dia dengan kain basah. ada kesan merah merah pada kain. menunjukkan dia ditinggalkan selepas dia dilahirkan. aku beri nama dia Ku J. sempena nama kuku, sebab dia orang pertama bertanya siapa nama kucing itu. 

harini hari kedua aku bagi ku j ubat. keadaan ku j masih lagi lemah. harap ku j lebih sihat pada esok hari.