semut pun boleh mati.

Bodoh nya..

Assalamualaikum.

Hurm. Khamis, 241111, aku ade date. Ye betol. Aku mmg ade date ngn Alif. haha. Tak sangke. Dah gitu, aku yang ajak die pergi date plak tuh. Well actually, aku nak tgok crite Puss In Boot ngan die. Khamis tu mmg tarikh cerita tu kluar. Dah plan baek2 dah. At first, die macam ada hal. Tapi, untuk aku, die tinggalkan hal dia tuh. Tut tup, pada masa yang di janjikan, family aku ajak tgok wayang gak. haha.

Gila tak gila. Tapi mmg dah nyata cmtu. Aku ngn Alif janji jumpa kat Larkin pukul 2pm. Aku ni pun satu. Dah tahu camtu tak bgtau die awal2 yg family aku ajak pergi tengok wayang. Dah la Alif tunggu lama aku kat Larkin. But then, aku datang la jugak ke Larkin.. Tapi pukul 3pm ler.. err.. maaf.
 
Mase aku datang tu.. aku tengok Alif mmg dah prepare nak pergi cs. Alif budak asrama. Datang Larkin semestinya pakai baju sekolah kan? Alif dah siap2 tukar baju dah. Tunggu aku datang yang macam siput ni. Seriously, aku sedih GILA mase tuh. Sebab muka dia happy.. Then, dia tunggu aku untuk makan sama2. Aku cakap kat dia aku tak dapat pergi sbb family aku pun ajak pergi jugak. Aku cakap yang tak sangka benda ni boleh berlaku. Muka dia relax je. Dia cakap  

"Pergilah ngan family. kan lagi seronok. :)"

Aku serba salah. Then aku call akak aku. Aku cakap aku tak boleh join diorang gi tengok wayang. Mak ai.. terus mengamuk dalam fon tuh. Macam aku nak lari rumah je.. --' padahal nk tengok wayang je kot.. Then, Alif suruh aku balik sbb family aku dah tunggu. Dia cakap

"Pergi lah.. Akak dah tunggu tu. Kesian dia. Takde rezeki kot nak pergi sama2.."

Itulah ayat yang dia guna bagi kat aku. Aku pun dengan DUNGU nya percaya yang dia oke. Aku mmg pikir yang perkara ni dah settle baik. tapi tidak.. haha, bagus lah. bodoh gila aku..

Family aku ni protective siket. Siket? Err.. Aku pergi Larkin pun ramai2 nak ikut pergi hantarkan. Tunggu kat kereta. Pastu diorang bagi tempoh 1 jam je kt Larkin. Pastu diorang suruh sedara aku gi ikot skali.. gila. Cepat2 aku turun kereta n bye2. haha. Aku rasa aku dah cukup besar kot untuk jaga diri sendiri. Ye. sebelum ni memang aku dengar cakap diorang. Aku budak sekolah lagi.. Tapi sampai bila? Diorang pon pernah bercinta jugak dulu kan? Perlu ke sampai macam tu sekali.. Dengan alasan taknak aku tersilap pilih pasangan hidup.. Ohh.. macam tu. Hidup mmg kejam sebenarnya. :')

Then, Aku tak pergi tengok wayang pun. Dengan Alif tidak. Dengan family pun tidak. Ye. aku tahu. Aku lambat kt Larkin tuh. Sebab aku lambat, diorang dah takde mud nak tengok wayang. Sebelum ni pun macam tak pernah diorang pergi tengok wayang tanpa aku. Dengki gila. Then, Mak aku pun ajak balik rumah SR. Lepas aku balik, akak aku ngn family dia tengok wayang. haha. sangat menyeronok kan. kan? MEMANG DENGKI.

Aku nangis, nangis, dan nangis. Bukan sebab benci kat family aku yang tak bagi aku tengok wayang ngn Alif. Tapi benci akan hidup, yang penuh dengan pura-pura. Aku selalu taknak tunjuk sangat bila Alif call aku. Aku taknak akak2 aku tahu. Alif cakap.. "takpe lah. diorang pun pernah bercinta gak dulu". Oh yea? pernah bercinta.. tapi bzybody macam belum kahwin lahhh.. :) ergh. annoying.